SENI TELEPUK

October 17 2008, 3:37 AM

 

~ Bahan Dan Peralatan

1. Kain Telepuk

2. Gam Arabic

3. Sudip

4. Blok Kayu

5. Perada Emas

 

~ Proses Menelepuk

  1. Menyapu Gam

Gam Arabic dimasak dengan air. Setelah cair disapukan pada lengan dengan sudip buluh sehingga berbuih.

2. Menekap Acuan 1

Acuan yang telah direndam di dalam air dan dikeringkan akan ditekapkan pada pelekat gam yang ada di lengan. Proses ini mestilah teliti dan cermat supaya pelekat itu melekat rata pada acuan.

3. Menekap Acuan 2

Acuan yang telah dilekat dengan gam akan ditekap ke atas kain yang terbentang. Tangan yang stabil akan menghasilkan tekapan yang rata pada kain.

4. Menekap Perada Emas

Perada emas yang berbentuk kepingan akan ditekapkan pada kain yang berpelekat tadi. Perada emas itu kemudiannya akan melekat pada pelekat kain tersebut.

5. Perolehan Corak

Gosokan dengan tangan di atas pelapik kepingan akan menimbulkan corak seperti yang dikehendaki. Kertas pelapik perada akan ditinggalkan untuk mendapatkan corak yang sama.

 

 

 

 

 

 

 

Rekabentuk Kain Telepuk

Rangka dasar bunga yang dipilih ialah bunga pecah empat yang diolah menjadi bunga pecah enam dan pecah lapan. Konsep bunga pecah empat juga merupakan rekabentuk dasar bagi kebanyakan rekacorak dan motif dalam kraftangan Melayu terutama dalam tembikar, anyaman, songket dan tekat.

Antara rekacorak telepuk yang disusun memenuhi permukaan kain ialah:

  1. Bunga pecah lapan dilengkapkan dengan dua helai daun dan putik dipuncak bunga. Seluruh motif disusun dengan garis yang berbentuk ruang pucuk memenuhi seluruh baju kurung labuh Riau hingga menampakkan kesan seperti susunan teluk berantai.

2. Motif seakan bunga cengkih disusun dalam bentuk bunga pecah emapat angka (bahagian dalam dan kelopak). Motif ini juga disusun berantai dan di bahagian sudutnya disusun yang mengarah ke dalam motif utama. Motif ini disepuh ke atas kain tenunan sebagai kain ikat kepala.

3. Dari kain sarung dapat disenaraikan lebih dari enam rekabentuk berdasarkan dari motif bunga pecah empat yang berkembang menjadi pecah lapan, pecah enam. Gabungan ini disusun dengan cara saling berlingkar dan berurutan. Keharmonian dan makna simbolik motif ini dapat disusun dan disepuhkan ke atas permukaan kain.

0 comments

No comments yet. Be the first one to comment!

AWASI ANAK ANDA!!

October 17 2008, 3:30 AM

Kronologi Kehilangan Nurin Dan Sharlinie

 

Nurin

Nuri Jazlin,pelajar tahun dua sekolah rendah kebangsaan desa setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di seksyen 1 Wangsa Maju di sini.

 

            Kes pembunuhan kejam itu, antara yang paling buruk di Negara ini mendapat bnyak reaksi daripada orang ramai yang berharap polis dapat membawa pembunuhan tersebut kemuka pengadilan secepat mungkin.

 

            Bedah siasat keatas mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung di dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rectum mangsa pecah hingga dijangkiti baktiria antara factor yang menyumbang kepada kematian menyayatkan hati kanak-kanak itu.

 

            Fizikal kanak-kanak itu yang mati dalam keadaan kurus kering selain dengan pelbagai kesan lebam dibadannya menyebabkan ibu bapa nurin jazlin tidak mengenali semasa membuat pengecaman pertama kali.

 

Sharlinie

 

            Sharlini 5, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya, Sharliena dari padang permainan tidak jauh dari rumah mereka di taman medan.

 

            Dalam pada itu, Arjunaidi meminta orang ramai supaya tidak berputus asa mencari Sharlinie dan berharap orang awam member maklumat yang tepat kepada pihak polis.

 

            Menurutnya walaupun kehilangan Sharlinie terus menjadi misteri, pihaknya memandang serius kes tersebut dan akan meneruskan misi mencari penjenayah terbabit hingga ke akar umbi.

 

INFO RINGKAS

 

Kanak-kanak terdedah kepada pelbagai perkara berbahaya dan pada ketika yang tidak disangka-sangka. Selain daripada apa yang berlaku kepada Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, 8, banyak lagi kes jenayah lain melibatkan kanak-kanak sekolah.Perkara yang berbahaya seperti ini terjadi bukan mudah dihidu. Namun begitu, kita boleh menghalangnya daripada berlaku dengan melakukan pengurusan masa yang betul.Bertitik tolak dari situ, kita patut menerima baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya diwujudkan sekolah satu sesi sebagai langkah mengurangkan risiko yang mungkin menimpa kanak-kanak apabila bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa.Kita sering terlupa akan hal ini kerana terlepas pandang tentang hubung kait antara keselamatan nyawa anak kita dengan pengurusan masa yang betul pada saat berisiko.Sebenarnya, isu sekolah satu sesi telah dibincangkan sejak pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, dan kemudian disusuli dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010. Dengan pelan yang mantap itu, sekolah berstatus satu sesi sebenarnya boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat.Mengikut statistik terbaru Kementerian Pelajaran, daripada keseluruhan 5,781 sekolah kebangsaan di seluruh negara, bilangan sekolah satu sesi waktu pagi kini berjumlah 5,077, dan waktu petang 32 buah. Sekolah dua sesi pagi dan petang hanya 672 buah.Kalau isu kekurangan bilik darjah yang menjadi kekangan, maka pendekatan yang digunakan ke atas sekolah kurang murid (SKM) boleh diterapkan, iaitu menggunakan kabin sementara – sekurang-kurangnya untuk mencukupkan kelas buat sementara waktu.Bilangan guru atau skim gaji untuk jam mengajar yang lebih panjang tentulah tidak menjadi masalah lagi kerana isu itu sering menjadi perhatian berat kerajaan.Sekolah satu sesi seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu melibatkan pemanjangan waktu persekolahan sehingga pukul 4 petang.Apabila pelajaran harian sudah habis, masa yang tinggal iaitu tiga atau empat jam lagi digunakan untuk kegiatan kokurikulum dan lain-lain aktiviti.Cadangan itu diharap dapat membendung kejadian jenayah. Selama ini kita hanya meletakkan isu keselamatan sekolah di tangan seorang guru atau pengawal keselamatan untuk mengawasi lebih seribu murid atau pelajar.Apabila habis waktu persekolahan pada waktu tengah hari atau petang, kanak-kanak ini akan berpusu-pusu pulang ke rumah, sama ada berbasikal, berjalan kaki, menaiki bas, van, motosikal – atau menunggu ibu bapa menjemput mereka.Inilah sebenarnya antara saat kritikal berlakunya jenayah culik atau kemalangan. Jadi, demi nyawa anak-anak yang tidak berdosa, kempen menyokong cadangan sekolah satu sesi untuk dilaksanakan dengan seberapa segera dan dengan tanpa alasan lagi.

 

1 comments

epi111: SILA COMMENT JIKA PERLU 10-17-08 03:58 AM

Profile

epi111
  • Male
  • 20 years old

Statistics

Entries 2
Comments 1
Page views 1,377
Last update Oct 17, 2008

Categories